Latihan Pengukuhan Pengujian Kawalan Kualiti Produk Semulajadi

Persatuan Penyelidikan Industri Hemptech Malaysia (MHIRA) telah terlibat dalam Latihan Industri yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 3-4 Oktober 2023 di Institut Kesihatan Negara. Latihan ini bertujuan untuk membekalkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan pengujian kawalan kualiti ke atas bahan mentah herba bagi pengilang produk semulajadi.

Latihan ini adalah satu langkah penting dalam membina kesedaran mengenai pengiktirafan makmal tempatan oleh NPRA untuk perkhidmatan analisis bahan mentah yang digunakan dalam produk semulajadi. Peserta yang mengambil bahagian termasuk pengilang produk semulajadi, makmal swasta, pemegang pendaftaran produk (PRH), serta wakil dari academia/universiti.

Dalam masa dua hari yang intensif, peserta diberi peluang unik untuk memahami proses pengujian kawalan kualiti herba secara mendalam. Mereka telah diajar cara-cara untuk mengenal pasti unsur-unsur penting dalam bahan mentah herba, menilai keselamatan, dan memastikan kesesuaian dengan standard kualiti yang telah ditetapkan oleh NPRA.

Latihan ini menyediakan platform yang unik bagi MHIRA untuk menyampaikan maklumat dan kepakaran kepada KKM dan NPRA. Ini adalah langkah positif dalam meningkatkan kerjasama antara pemain industri dan pihak berkuasa bagi menjaga keselamatan dan kualiti produk yang dikeluarkan.

Selama latihan, objektif utama termasuk kesedaran berkenaan pengiktirafan makmal tempatan oleh NPRA bagi perkhidmatan analisis bahan mentah yang digunakan dalam produk semulajadi. Selain itu, latihan ini mewujudkan penglibatan makmal-makmal tempatan dalam perkhidmatan analisis bahan mentah yang digunakan dalam produk semulajadi. Peserta juga memahami kepentingan ujian Chromatographic Profilling untuk pelepasan QC bahan mentah herba.

Penglibatan MHIRA dalam Latihan Industri ini adalah satu langkah kehadapan dalam memastikan produk herba atau produk yang mempunyai nilai teraputik seperti hemp (Sekiranya dibenarkan kelak) dan bahan semulajadi di Malaysia dapat mematuhi standard kualiti yang tinggi. Dengan meningkatnya minat terhadap produk semulajadi, latihan sebegini adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk-produk ini.

MHIRA berharap bahawa kerjasama ini akan terus berkembang dan memperkukuhkan hubungan antara industri dan pihak berkuasa kesihatan seterusnya menyumbang kepada pembangunan produk semulajadi yang lebih selamat dan berkualiti di Malaysia.

Akhir Kata

Latihan Industri yang dianjurkan oleh KKM dan NPRA adalah langkah terbaik dalam meningkatkan kualiti dan keselamatan produk semulajadi di Malaysia. Melalui penglibatan MHIRA dalam inisiatif Pusat Sains Hemp (HSC), kami komited untuk bekerjasama dalam memberi impak positif kepada usaha-usaha memperbaiki standard kawalan kualiti di dalam industri ini. Semoga usaha pembangunan industri ini akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia.