Benarkan Industri Hemp untuk memacu ESG & Sektor Bioekonomi di Malaysia

GENEVA, 18 Januari – Tahun 2023 membuka satu lembaran baru apabila Malaysia Hemptech Industrial Research Association (MHIRA) menerima undangan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai wakil dari Malaysia untuk sesi bengkel Hemp Industri. Hari ini Pengerusi & Pengasas MHIRA, Johan Mohamad telah diundang oleh United Nations Conference of Trade & Development (UNCTAD) untuk pembentangan mengenai pembangunan sektor Hemp dan aktiviti pendidikan oleh MHIRA di Malaysia. Beliau diiringi Setiausaha MHIRA, Ahmad Qaiyum turut berazam untuk membantu menambah baik satu nilai ekonomi baharu buat Malaysia.

Tujuan MHIRA menyertai program ini adalah sebagai pemacu tajuk dalam membantu negara untuk meneroka potensi industri hemp sebagai sumber bahan termaju di samping mendapat manfaat melalui sifat ekologi dan potensi pembangunan ekonomi komoditi pelbagai guna ini.

MHIRA hari ini akan membentangkan usaha pendidikan dan kesedaran dikalangan ahli-ahli berkaitan Hemp di Palais des nations, Geneva serta hasrat MHIRA untuk memperkenalkan makanan haiwan daripada Hemp sebagai pengenalan dalam konteks kajian di Malaysia yang mana usul tersebut masih belum disahkan secara jelas.

Pengalaman MHIRA dalam membangun pendidikan dan kajian untuk makanan haiwan (Animal feed) sebagai solusi keterjaminan makanan dan pembangunan bahan binaan dan fabrik di peringkat tempatan juga akan dikongsikan pada sidang UNCTAD di Geneva. 

Selaku delegasi Asia yang mewakili Malaysia, MHIRA berhasrat untuk menyalurkan ilmu yang diperoleh bersama-sama pihak berkepentingan di Malaysia. Ini supaya perkongsian ilmu dalam industri Hemp dalam dibentangkan kepada Kementerian terbabit dan agensi yg dipertanggungjawabkan.  Memandangkan industri hemp adalah berbeza dengan industri perubatan kanabis, perkara ini diharap dapat memberikan impak terhadap kelestarian dan kesejahteraan sebagai penggerak penting menuju pembangunan negara mapan. 

Melalui usahasama di peringkat antarabangsa ini diharapkan mampu untuk meletakkan Malaysia mampu untuk berdaya saing dalam Industri Hemp untuk mempelbagaikan sumber ekonomi di masa akan datang.

Baca laporan khas Hemp Industri UNCTAD di sini